Tuesday, 25 October 2011

KENAPA BAYI ITU DIBUANG????KEJAM SUNGGUH!!!


MANUSIA BERTOPENGKAN IBLIS...tu gelaran terbaik untuk mereka yang sanggup buang bayi.bukan takat buang je, tapi ade gak yg sanggup kelar dan bunuh sebelum campak merata-rata. baik lelaki atau pompuan sama je. dua-dua tidak berperikemanusiaan. ape nk jadi dunia sekarang....
DUNIA TANPA SEMPADAN...teknologi semakin hari semakin canggih. semua kat hujung jari je. tapi ada pro dan kontranya. bergantung pada nawaitu seseorang. kadang-kadang aku rasa teknologi jadi punca semua ni berlaku. ye la, semuanye mudah nk tgk. remaja khususnya mudah sgt terdedah dengan video-video lucah yang berlambak di internet. taip je keluar. kat phone tak payah crite la.sendiri mau ingat... faktor ni yang mendorong mereka bertindak di luar batasan agama dan kewarasan.    
SALAHKAN IBU MENGANDUNG??? ibu mane yang tak sayangkan anak. kalau nak salahkan mak bapak pun kadang-kadang tak boleh. ade mak bapak yang menatang anak mereka bagai minyak yang penuh, bagi kasih sayang yan melimpah ruah, pupuk didikan agama sejak kecil lagi tp......jadi juga perkara camni. camne tu? remaja pompuan yang termengandung tu pun bukan tak sayang anak yang dikandung tp bila dh terlanjur, semata-mata nak tutup keaiban yang dh berlaku maka buang la bayi yang tidak berdosa tu. tak rs bersalah langsung. tergamaknye mereka....ish...ish...ish...
LELAKI MATA KERANJANG!!! ingatlah gadis-gadis di luar sana. lelaki yang baik adalah lelaki yang akan membawa anda ke arah kebaikan. kalau br 1st time jumpa dh nk pegang2, tinggalkan je la. lelaki tu tergolong dalam spesis LELAKI MATA KERANJANG. berkawan tak iklas baik korang selamatkan diri dan maruah. jangan sampai tergadai dek kerana nak kejar cinta jenis lelaki spesis ni. tak berbaloi adik2 ye...
AKHIR KATA PENUTUP BICARA~ dalam kehidupan kita ini, ada dua jalan yang tuhan bagi.
JALAN 1:KEBAIKAN ---> perjalanan yang sukar dan penuh pancaroba tetapi akan berakhir dengan kegembiraan dan ketenangan andai diri sabar dan bertawakal kepada Yang Maha Esa.
JALAN 2: KEJAHATAN ---> perjalanan yang menyeronokkan, dihidangkan dengan pelbagai nikmat dunia tp pengakhiran yang menyeksakan dan membuat diri kita merana. 

JADI, tepuk dada tanya selera. jangan kita tunding jari pada orang lain bila diri sendiri melakukan kesilapan. satu jari yang kita tunding pada orang lain, ada 4 jari yang menunding pada diri sendiri. sama-sama kita menginsafi diri. beringat sebelum kena. yang penting, kita yang beragama Islam, jaga solat kerana solat tiang agama. sentiasa mengingati mati kerana itu yang akan menginsafkan kita. Allah tidak pernah menjadikan hambaNya itu rosak binasa kecuali hambaNya itu yang lalai akan perintahNya. ingat2, dan semoga kita mengambil iktibar atas apa yang telah terjadi.

P/S: pesanan ini khas untuk remaja2 di luar sana termasuk pada diri sendiri. moga kita tak tergolong dalam kalangan ahli neraka... 

Monday, 17 October 2011